Friday, November 29, 2013

Dengan rasa rendah diri..sila lah return call..jika tidak you are considered RUDE

Untuk iktibar..

Tanggal 29 November 2013, dengan rasa rendah diri dan tak sabar nye aku sebagai ibu keluar pagi2 bersama suami and baby untuk pergi ke sebuah klinik pakar kanak-kanak yang agak terkenal di kawasan Ulu Kelang. Diberitahu keputusan "allergic test" baby dah ada pada doktor. Aku mmg curious nak tahu ape yang menyebabkan baby rashes dan selalu batuk.
Kami sampai di depan klinik sebelum jam 9 pagi dengan harapan takde lah ramai sangat patient yang menunggu. Alhamdulillah kami berjaya mendapat nombor giliran yang pertama. Aku seronok.Excited lagi..
Seterusnya doktor pun sampai ke klinik dalam jam 930 pagi dengan senyuman. Nombor giliran pertama tertera di skrin menandakan giliran kami untuk berjumpa doktor. Suami dukung baby n menyapa doktor dengan salam. Alhamdulillah lagi.
Doktor terus bertanya aku "Kenapa you tak jawab sms I rabu lepas? I sms u and u tak jawab.I call U pun U tak call balik.." . (Doktor ni cume nk inform yang allergic test result dah sampai)
Aku dah tersangat pelik. Aku jawab "Doctor,aik..??saya ade call doktor balik...dan call klinik doctor.maaf saya tak jawab sms dan call sebab aritu saya tengah erobik. " .
Dan doktor menjawab " Erobik lagi penting ke anak lagi penting..??I yang call u personally kenapa u nak return call kat klinik I..??"
YA ALLAH..dangg!!! di kepala aku macam kene hentak dengan batu. Aku mampu senyum je lantas suami meminta maaf daripada doktor. Apa lagi yang doktor tak puas hati dengan aku pun tak tahu la..Agaknye muka aku ni macam lanun kot.
Doktor cakap lagi.. "Kalau u macam ni, terpaksa I anggap U kurang hajar! Kalau U boleh buat macam ni kat I, U boleh buat kat mak U jugak sebab I ni umur macam mak U..!"
Aku dah macam rase  kepala ni kene hentak ngan batu lagi. Aku tak tahu ape salah aku.
Doktor bercakap lagi.. " U tahu tak I ni doktor, ade masa sms n call U. Ini kan u nak buat alasan busy. "
YA ALLAH lagi..
Doktor cakap lagi .. "U tahu tak office U tak cover pun allergic test ni?? Ni pun I nak tlg. Nak call I balik pun susah ke??? ". Macam kena hina sebab tak mampu nak bayar sendiri allergic test tu.
Aku terdiam. Aku rasa nak nanges sebab dimalukan depan staf2 dia. Dia marah aku macam akuni anak dia or staff dia. Tapi sumpah tak..Aku hanyalah ibu kepada patient yang menggunakan medical benefit yang disediakan oleh jabatan kami. Sejurus itu, doktor arrogant bertudung labuh ini menyuruh kami ke belakang untuk diberikan baby pernafasan nebulizer sebab baby ade lelah sikit. Di situ aku teringat yang aku ade call doktor menggunakan telefon pejabat. Tapi aku tak dapat menahan air mata, aku tinggalkan baby and suami lantas keluar daripada klinik menuju ke kereta.Aku menangis sepuas-puasnya.
YA ALLAH, kerdilnya aku. Dahla takde duit nak bayar pakar..ade hati nak bawak anak pegi pakar.Dahla gune benefit kerajaan bagi je. Salah aku cuma tak return call pada doktor tu.
Cube fikir sejenak.Salah ke aku ?? :
1. Aku takde kredit nak call jadi aku call guna fon office
2. Kurang hajar ke aku disebabkan tak return call to the arrogant doctor??
Suami bertindak memberitahu doktor yang aku ade return call tapi menggunakan fon office. Aku sangat malu and aku tak kembali semula ke klinik tu.
Rupa2 nye selepas tu, doktor arrogant ni cakap ngan suami, yang dia takkan jawab call yang menggunakan telefon office.Katenye HARAM guna telefon office untuk urusan peribadi. Ok. Ada sedikit pencerahan di sini;
1.Doktor ini ada memberikan susu formula percuma kepada parents tetapi memasukkannya ke dalam bil panel.
2.Doktor ini juga menyuruh kami mengumpul 3 guarantee letter untuk allergic test kerana katanya jabatan kami tak cover kos untuk test camni.
Persoalannya , tidak HARAMKAH perbuatan nye itu di sisi Islam???

Sedihnya saya, ALLAH saja yang tahu. Pada sesiapa yang pernah mendapat rawatan di klinik ini, silalah jawab call doktor ni kalau dia call, sebab u will considered rude kalau xreturn call dia or sms dia.Saya berharap dan berdoa kepada Allah supaya saya tidak bongkak dan takbur sekiranya dikurniakan kemurahan rezeki dan pangkat. Dont Judge the book by its cover.Bertudung labuh sambil bersikap arrogant bukanlah amalan umat Islam sebenar. Sesungguhnya semua manusia itu sama sahaja di sisi Allah. Yang membezakan hanyalah amalan bukanlah kelabuhan tudung.

Ibu Yang Sedih
Olynn

No comments:

Post a Comment