Friday, March 7, 2014

Sanggup??

Sanggup ke negara kita bayar kids untuk makan makanan sihat??
Tengok Aussie..punyela nk fight obesity among children.sanggup plak bayar untuk kids makan healthy food.
Yang kite kt Malaysia ni pegi suap anak jajan.. carcinogenic food.. cancer in a can...sume sorry to say..SAMPAH..!!
END UP anak dapat sakit n start to blame orang.blame doctor.xde sape pun yang nak blame diri sndiri. N paling redho.. is..
Cakap ni takdir Allah yg menentukan anak tu sakit dan obes.
Sendiri xpernah salah dalam mendidik anak.
What say you??
Cek balik ape kte bagi anak2 makan.
Negara lain sibuk nak lahirkan generasi sihat tapi negara kita??
Remember negara kita yg keenam di Asia untuk kategori paling obes.
Hihi.. jum berubah.

Thursday, March 6, 2014

Another health info

Sape rajin bace nutritional facts of food??
Bacelah..my advice..itz good for ur info sbb sume benda ni masuk dalam badan kite for god sake.
Percayalah.ia akan jadi darah daging dan kesihatan kite.
See.. pisang pun dah dilekatkan nutrition facts. How important is the facts to us.
Ade org sibuk bersenam tapi makan xdijage.
Seperti yang pakar kesihatan dan pakar nutrisi berkata;
70 % is food and another 30% is exercise.
Tengok betapa penting pemakanan seimbang dalam kehidupan seharian.
JADI, JANGAN tanye saya kenapa berat anda tak turun sedangkan dah bersenam menggunung kerana nasik yang anda makan juga menggunung.
Kata Kevin Zahri, bukan salah nasi.
Makanlah ikut keperluan badan.

Juicing is the best healin way

Lepas deliver a baby.. aku sengsara menanggung kepedihan perut.ya Allah sakitnye macam dipotong isi perut gune pisau.
Banyak kajian dan bacaan aku lakukan setelah buat ujian endoskop di hospital pakar. Doktor cakap ur stomach is too acidic.u have to jage makan.ade luka2 jugak but healed.
So dengan bacaan n kajian tu.. aku dapat natural remedies iaitu juicing..all time juicing..stiap pg msti kene minum beetroot juice..dilute with carrots, celery, cucumber, apples.
Mmg sedap.first thing first in the morning ..inilah yg masuk perutku sebelum any other thing..no acidic food.aku masal sendiri sume makanan untik 4 bulan prtama selepas taw sakit ni.
Acid reflux..heartburn and GERD  are most related to my problem.
BESIDES, usaha menurunkan berat juga perlu untuk trunkan tekanan darah tinggi..
Well said, beet juice gone well in my stomach..sedap n perut dah xpedih lagi..

Monday, December 30, 2013

Di manakah kita

Di mana letaknya iman kita..?Sedarkah kita bahawa kita dimamah usia? Bak kata mat Salleh "Age is just a number.." Memang age is just a number tapi sedarkah kita kehidupan yang abadi selepas dunia bakal menanti kita?? Bersediakah kita??

Tertype nya saya pada post kali ini kerana terpanggil untuk menyuarakan rasa terkilan diri sendiri melihat keadaan sekeliling dan fenomena sekeliling yang alpa pada Allah.Hatta diri sendiri selalu lalai dan leka tetapi di dalam hati sering beristighfar supaya Allah terima keampunan. Seringkali saya lalai dalam melaksanakan hak Allah. Di manakah kita bila azan bergema???

Apabila di perjalanan untuk ke destinasi, redho dan sudinya kita berhenti di perhentian untuk makan, untuk menghisap rokok membakar paru-paru, menyalin lampin anak, berehat..tetapi berapa ramaikah kita yang sudi berhenti di perhentian untuk melunaskan hak Allah?? Solat..? Sudi kah kita berhenti untuk menunaikan solat apabila azan maghrib bergema?? Apabila azan Asar bergema??? Atau kita meneruskan perjalanan ?? Sudikah kita..??

Sehingga sampai ke destinasi, waktu solat telahpun mampir habis lantas kita meninggalkannya dengan sengaja.Kita meninggalkan kewajipan kita sebagai hamba Allah dengan sengaja. Sedangkan Allah memberikan segala-galanya kepada kita. Makan, minum, keselamatan, kesihatan apa lagi udara yang disedut adalah hak milik Allah.

Tafakur dan ponder upon Allah's creation..always ponder..

Allah tidak pernah melupakan kita tetapi...

Kita sering melupakan Allah...

Nauzubillahiminzalik.....








Sunday, December 29, 2013

Kenduri kahwin is favorable

Kenduri kahwin is the most favorable among orang Melayu.Asal ada jemputan je kita mesti nak memenuhi sebab firstly yang bermain dalam fikiran kita is wawwweeee dapat makan free...bestnye dapat makan nasik minyak..bestnye ayam goreng..bestnye dageng dendeng..!! Weehuuu..
Tak weehuuuu kah kita bila kita terfikir yang semua makanan tu akan jadi darah daging kita ...tak weehuu kah kita bila kita terfikir bahawa makanan2 itu bisa memblock saluran darah kita??
Itz too oily my friend lady!!! Janganla makan macam there's no tomorrow. Mari la kita balik kepada Quran dan Sunnah.bersederhana tu lebih baik daripada berlebih-lebihan.sememangnya kalau terlebih makan bawak penyakit, terlebih sudah membawa padah..ha gitu..
Ternukil nya post ini adalah terpanggilnya saya untuk menyeru masyarakat Malaysia yang rata-rata terdiri daripada orang Islam untuk bersederhana makan apabila menghadiri kenduri kahwin.nasi segenggam is the best bak kata pakar nutrisi dan senaman negara yang terkenal iaitu Kevin Zahri.
Saya concern dengan kesihatan sejagat bukan bermakna saya busy body dan sibuk serta poyo nak jaga tepi kain orang.aha..
SEKIAN. Dengan izin Allah saya menukil lagi di blog yang tidal seberapa ada peminat ni.
Wallahualam.

Friday, November 29, 2013

Dengan rasa rendah diri..sila lah return call..jika tidak you are considered RUDE

Untuk iktibar..

Tanggal 29 November 2013, dengan rasa rendah diri dan tak sabar nye aku sebagai ibu keluar pagi2 bersama suami and baby untuk pergi ke sebuah klinik pakar kanak-kanak yang agak terkenal di kawasan Ulu Kelang. Diberitahu keputusan "allergic test" baby dah ada pada doktor. Aku mmg curious nak tahu ape yang menyebabkan baby rashes dan selalu batuk.
Kami sampai di depan klinik sebelum jam 9 pagi dengan harapan takde lah ramai sangat patient yang menunggu. Alhamdulillah kami berjaya mendapat nombor giliran yang pertama. Aku seronok.Excited lagi..
Seterusnya doktor pun sampai ke klinik dalam jam 930 pagi dengan senyuman. Nombor giliran pertama tertera di skrin menandakan giliran kami untuk berjumpa doktor. Suami dukung baby n menyapa doktor dengan salam. Alhamdulillah lagi.
Doktor terus bertanya aku "Kenapa you tak jawab sms I rabu lepas? I sms u and u tak jawab.I call U pun U tak call balik.." . (Doktor ni cume nk inform yang allergic test result dah sampai)
Aku dah tersangat pelik. Aku jawab "Doctor,aik..??saya ade call doktor balik...dan call klinik doctor.maaf saya tak jawab sms dan call sebab aritu saya tengah erobik. " .
Dan doktor menjawab " Erobik lagi penting ke anak lagi penting..??I yang call u personally kenapa u nak return call kat klinik I..??"
YA ALLAH..dangg!!! di kepala aku macam kene hentak dengan batu. Aku mampu senyum je lantas suami meminta maaf daripada doktor. Apa lagi yang doktor tak puas hati dengan aku pun tak tahu la..Agaknye muka aku ni macam lanun kot.
Doktor cakap lagi.. "Kalau u macam ni, terpaksa I anggap U kurang hajar! Kalau U boleh buat macam ni kat I, U boleh buat kat mak U jugak sebab I ni umur macam mak U..!"
Aku dah macam rase  kepala ni kene hentak ngan batu lagi. Aku tak tahu ape salah aku.
Doktor bercakap lagi.. " U tahu tak I ni doktor, ade masa sms n call U. Ini kan u nak buat alasan busy. "
YA ALLAH lagi..
Doktor cakap lagi .. "U tahu tak office U tak cover pun allergic test ni?? Ni pun I nak tlg. Nak call I balik pun susah ke??? ". Macam kena hina sebab tak mampu nak bayar sendiri allergic test tu.
Aku terdiam. Aku rasa nak nanges sebab dimalukan depan staf2 dia. Dia marah aku macam akuni anak dia or staff dia. Tapi sumpah tak..Aku hanyalah ibu kepada patient yang menggunakan medical benefit yang disediakan oleh jabatan kami. Sejurus itu, doktor arrogant bertudung labuh ini menyuruh kami ke belakang untuk diberikan baby pernafasan nebulizer sebab baby ade lelah sikit. Di situ aku teringat yang aku ade call doktor menggunakan telefon pejabat. Tapi aku tak dapat menahan air mata, aku tinggalkan baby and suami lantas keluar daripada klinik menuju ke kereta.Aku menangis sepuas-puasnya.
YA ALLAH, kerdilnya aku. Dahla takde duit nak bayar pakar..ade hati nak bawak anak pegi pakar.Dahla gune benefit kerajaan bagi je. Salah aku cuma tak return call pada doktor tu.
Cube fikir sejenak.Salah ke aku ?? :
1. Aku takde kredit nak call jadi aku call guna fon office
2. Kurang hajar ke aku disebabkan tak return call to the arrogant doctor??
Suami bertindak memberitahu doktor yang aku ade return call tapi menggunakan fon office. Aku sangat malu and aku tak kembali semula ke klinik tu.
Rupa2 nye selepas tu, doktor arrogant ni cakap ngan suami, yang dia takkan jawab call yang menggunakan telefon office.Katenye HARAM guna telefon office untuk urusan peribadi. Ok. Ada sedikit pencerahan di sini;
1.Doktor ini ada memberikan susu formula percuma kepada parents tetapi memasukkannya ke dalam bil panel.
2.Doktor ini juga menyuruh kami mengumpul 3 guarantee letter untuk allergic test kerana katanya jabatan kami tak cover kos untuk test camni.
Persoalannya , tidak HARAMKAH perbuatan nye itu di sisi Islam???

Sedihnya saya, ALLAH saja yang tahu. Pada sesiapa yang pernah mendapat rawatan di klinik ini, silalah jawab call doktor ni kalau dia call, sebab u will considered rude kalau xreturn call dia or sms dia.Saya berharap dan berdoa kepada Allah supaya saya tidak bongkak dan takbur sekiranya dikurniakan kemurahan rezeki dan pangkat. Dont Judge the book by its cover.Bertudung labuh sambil bersikap arrogant bukanlah amalan umat Islam sebenar. Sesungguhnya semua manusia itu sama sahaja di sisi Allah. Yang membezakan hanyalah amalan bukanlah kelabuhan tudung.

Ibu Yang Sedih
Olynn

Wednesday, November 13, 2013

Taska Oren bukanlah Taska Matrade

TASKA OREN TIDAK LAGI DI BANGUNAN MATRADE

Hai - utk pengumuman TASKA OREN tidak lagi beroperasi di bangunan Matrade setelah tamat kontrak sejak bulan July 2012.Jika ada yang berminat untuk menghantar anak anda bolehlah hubungi PN NORA 0192125506 kerana TASKA OREN kini beroperasi di sekitar jalan duta, Segambut dan sekitar kawasan SPPK.. Sila layari fb taskaoren@yahoo.com.

My beloved baby pun duduk kt taska oren..this is to announce yang taska oren bukan lagi di Matrade.Saya berharap pihak ibu bapa yang hendak mendaftar anak ke taska..menyiasat terlebih dahulu latar belakang dan sejarah setiap taska yang ingin di daftar. 

Pengalaman saya yang amat susah melahirkan bayi membuatkan saya berfikir panjang untuk menghantar anak ke taska yang sewenang2 tidak diketahui berdaftar atau tidak atau mempunyai sejarah buruk atau tidak. Duit boleh dicari.

Saya juga berharap ibu bapa tidak lokek masa untuk melakukan siasatan lanjut terhadap taska yang terlibat sebelum mendaftar anak.

Dengan ini..dengan rasa penuh tanggungjawab dan prihatin terhadap isu isu terkini terutamanya penganiayaan kanak-kanak..saya membantu untuk mengumumkan bahawa taska Oren yang menjaga anak saya, tiada kaitan lansung dengan taska Matrade.
Sekian..

Monday, July 23, 2012

A Healthy Activity during Ramadhan

Macam biasa a healthy Ramadhan ku disambut dengan baju-baju raya yang kunjung tiba untuk dijahit manik..bersempena dengan perkahwinan ku, naasib baik Allah mengurniakan seorang suami yang memahami malah membantu kerja-kerja rumah disebabkan aku harus meneliti baju-baju untuk dimanik.Insya Allah kesabaran membawa kejayaan..:D

A Healthy Wedding Album

Omaigad...Whatta Healthy Wedding Album..

Friday, July 20, 2012

Healthy Crap

To be honestly cruel..this is a stoy bout a healthy crap yang suke talk bout sex kt METEOR ku (bukan nama pejabat ku yg sebenar)...why he is healthy???but crappy...??beliau seorg yang sangat jitu dalam melakukan senaman tapi tidak dapat mengelakkan diri dari talking tahi-sex to others.All the time , all the way round and round he is keep talking bout sex .aku mengetahui mengapa beliau begini...Ini adalah kerana sex drive nye yang tidak dapat dikawal lantaran nafsunye itu tidak dilontarkan ke jalan yg betul iaitu berkahwin. Allah mensyariatkan pernikahan sebagai sesuatu yang wajib jika kita berkemampuan dan tidak dapat menahan nafsu. Maka berkahwinlah. Akan tetapi mengapa kah aku berkata mengenai beliau di sini??? Kerana aku tidak menyukai lelaki yang gile seks..Kerana apakah aku tidak menyukainya??no..no...no...Ku bukanla alim sangat untuk meng judge org sesuka hati...tetapi bagi ku lelaki yang keep talking bout sex adalah seorang yang berjiwa kosong yang tidak dipandu oleh iman yang baik di dalam dirinya..Orang yang berilmu dan berjiwa tinggi tidak akan berkata2 crap yang creep to others..Orang yang berpendidikan tinggi pula, akan mengucapkan perkataan yang berfaedah sahaja kepada orang lain..Ternukil nye post ku ini adalah hasil daripada ketidak tahanan aku akibat perbuatan sex-maniac beliau yang crap n creepy..Aku berdoa supaya makhluk ini jatuh dari mane2 alat senaman yang beliau tunggangi lantas mendapat hidayah.insya Allah...:D

Thursday, June 7, 2012

A Healthy Minded

Whatta a healthy minded..Org Melayu mmg suke berfikir..tapi berfikir ke arah yg negatif..Well.. most of the time kan..!!duh..ape yg ku nk katakan healthy kepada minded org Melayu adelah pemikiran mereka sentiasa bekerja memikirkan masalah org lain.Otak mereka bekerja keras memikirkan permasalahan org lain, hal rumah tangga org lain..Contohnya,sama ada seseorang wanita itu masak atau tidak sejurus pulang dari bekerja, seseorg lelaki itu perform atau tidak terhadap isterinya (perform ape??u know what i mean rite..)..memikirkan kenape seseorg yg lain itu berkahwin sebanyak lebih dari pada sekali, memikirkan lagi betapa seseorg itu bercerai dengan pasangannya...Sungguh byk yg difikirkan oleh masyarakat Melayu kita ..tetapi malangnya perkara yg difikirkan mereka adalah yg negatif belaka..Bukan semua org Melayu bersifat begini akan tetapi most of mereka ini byk sgt terpengaruh dengan pengaruh sifat2 kampung yang terbawa2 ke bandar...come on get up pal! Bukan untuk aku ceritakan mengenai kebagusan masyarakat western but they are hardly trying to improve themselves.Kalau tak cemane derang nih bleh cipta menda2 yang tek tercipta oleh org Melayu.Ada Melayu yang maju tapi tak semua...Kebanyakannya masih lg dipengaruhi oleh kekolotan fikiran yang tak sudah2..Ternukilnya post aku yg kali nih adelah hasil dari pengalaman sendiri mengenai betapa aku tidak menyukai segelintir masyarakat Melayu di sekelilingku (nk duk obersea kos tinggi la plak)..So terpaksa ku hadapi dengan menyuntik sedikit laser ke mulut ku untuk di pancarkan kepada those yang sibuk memperkatakan hal aku.Memang betul if org nk kate ape pun pasal kite..biarkan..tetapi ku menyeru di sini...jika kita di pihak yg benar , marilah kita bersemuka dengan kebenaran (jgn serang..nti ku report HR)...So..get real!!:D

Tuesday, April 24, 2012

A Healthy Marriage!Love u for a thousand years!

Akhirnya aku mengahwini lelaki yg sgt aku chentai..ngehheeueeheeu..alhamdulillah sumenye berjalan dengan lancar

Thursday, March 15, 2012

Saddening Sad Day

i'm so sad.Keep thinking of a very good friend of mine who lost her baby yesterday.It's not a miscarriage case but her baby died in the womb..Insya Allah babe..baby tu sure akan tgu mama dia kt pintu syurga.n time tu u'll be the luckiest person ever.:D

Wednesday, March 14, 2012

DIY-ing or Dying

A checklist has not been done pun even within lagi sebulan menghampiri majlis . I'm so damn tired ...OMG..Mr Mean..plz help me doing my DIY of everything..Baju belum siap..i havent finish setting up the door gifts, the souvenirs to the groom's family, ouh gosh to be so as tipical Malay...i havent set any bunga manggar..a hand bouquet pun belum..i'm a DIYing it aka Dying..durhhhh....>_<

Friday, December 16, 2011

Accident lagi -14/12/2011!!!

alhamdulillah...akhirnye aku eksiden lagi utk kali keduanya dilanggar oleh MPV Exora plak kalini..yg first aritu aku kene langgo ngan motor depan opis..pasnih pe plak nk langgo aku..sile inpom awal2 dlu..bleh aku duk ghumah jek..takyah kuar...aku trauma nih....:'(...n impaknya terhadap kereta Wira Aeroback milik CIK BEDAH remuk teruk di bahagian pintu belakang kiri kereta akibat hentaman yang kuat...Actually budak yg langgar tu tertido while she wuz on her way back home after a tiring night shift jaga tol! rilek ar dik..ko tak pk plak perasaan akak yg remuk redam nih akibat hampir2 jatuh fly over disebabkan perbuatan ko melanggar aku dari blakang n menghentam aku dua kali sambil ko syok2 tertido mase memandu..lenkali takyah drive arh!!naik bas ar!!! maghah tul la haku!!!itz not the remuk-car problem yg aku pk kan ..aku pk bleh tak aku drive balik pasni....coz aku nye trauma siap mimpi2 jatuh gaung dan meninggalkan seorg balu iaitu tunang aku yg bakal dikahwini tahun depan....kalo aku jatuh fly over tuh kan adik MPV Exora, mmg aku jadik hantu kaco idup ko sampai ko mati plak!! tapi aku hidup..so tak jadik ar kaco idup ko...Alhamdullillah..Thank God coz bg ku peluang utk bertaubat lagi....Gambar dan berita selanjutnye di bawah.sumber-BERNAME-





Pintu kiri yg di sondol oleh MPV Exora yg mane pemandunye sedang tidur sambil memandu!! chaittt!!





Jarak dekat...kemek remuk cm tin sardinnn..krukkkkkkkkkkkkk...!!





End up :aku mengalami traumatic disorder coz asik terbayang aku bakal jadik cam Tom Cruise lam cite Mission Impossible-Ghost Protocol sempena hampir2 melompat ke bawah fly over bersama2 kereta Wira milik CIK BEDAH yg mengandungi barang2 hantaran aku..lau jatuh kan Dik MPV Exora, harusla aku menyelam kt lam sungai bwh tu..sebab tgk2 bwk mmg sungai n harus la aku lemas sebab aku tak reti berenang...pssssssssssstttt..awek kiyut2 chomel2 cm aku nih mmg salunye tak reti berenang sebab hero salu dtg slamatkan...hero lam kejadian perlanggaran EXORA ngan WIRA nih adelah tunang aku iaitu Aha..Love syg so much...again awak dtg selamatkan org tanpa merungut sepatah pun...thanx a lot..taktau cemane nk say thanx to you lg...nti org banje awak bungee jumping ye....nah...amik laaa nk sgt bungee jumping!

Choir!!!!!

Baju koir ygok2 aje (ayat penyedap ati)

With Cikgu Ct Hajar-ckgu kate ku minah senget ye..!!:p
Sgt lmbt meng update blog sempena ketiadaan time dan busy yg tak menentu ..kene g kursus motibasi la...event laaa..eksiden lagikkk...bz with choir...jahit manik...n persiapan kahwin...:(..end up kene sakit hypertension..almklumlaaa..ku seorang pemarah (menurut adik2 aku) n sangatla langsi..no wonder girl aku kene sakit camtuh! hik3..takpe..janji hidup aku bajet2 bahagia n tak kaco idup org laing!!chill!!

Thursday, October 20, 2011

Hitam sangat ke aku?? siri 2

Hitam sangat ke aku siri 2 nih is emphasizing on walaupun aku hitam tapi aku ade banyak kebolehan lain..cuma kulit aku jek hitam...Wahai si pengkritik kulit...awak boleh ke masak macam saya..?jahit manik macam saya???melukis macam saya??? n pakai tudung macam nigga macam saya..??bersenam macam saya setiap pagi untuk kesihatan dan kecantikan kulit hitam saya..???mesti awak tak bleh kan..???sebab saya adalah saya..saya tak immitate sape2...wahai si pengkritik kulit yg mencintai rupa paras saya..saya nye kulit flawless...cube awak tgk cermin....saya suro jek awak tgk..saya tak suro awak compare kulit saya dan awak...sebab mesti tak sama..saya hitam flawless..awaak plak putih melepak ber******...sume nih Allah bg saya..walaupun saya hitam..tapi Allah bg saya flawless n tanpa kawah2 yang menghantui sesetengah wanita.Saya bersyukur ke hadrat Ilahi sebab mengurniakan kulit yang baik buat saya..Alhamdulillah..Wahai si pengkritik kulit hitam saya..saya sangat mengasihani awak..marilah kita bertaubat dan tgk lagi kebolehan saya..Saya pandai melukis...Awak pandai tak ???Saya mampu melukis tunang yang saya cintai sedang bekerja...Awak mampu lukis tak bf/skandal/tunang/suami awak sedang bekerja..??awak tak mampu kan..?
nih tunang sy..sy da doodle kan dia..dia sgt terharu menerima doodle yg saya nukilan kan nih...awak aka pengkritik kulit hitam saya..jgn mudah jealousy ye...insya Allah..saya doa...awak pandai cam saya gak..chill ye...:D

Friday, October 14, 2011

Hitam sgt ke aku?

Another advantage to having more melanin is that people of color are less susceptible to developing skin cancer, particularly the more common types known as basal and squamous cell skin cancers. The rate of skin cancer among African Americans, though significant, is many times lower than the rate for Whites. As women of color, we also have the advantage of possessing the naturally warm, glowing skin sought after by White women without having to go to the beach or a tanning salon. (quoted)

Indahnye hitam tuh..:D
Haaaaaa...cube tgk..rate yang kene kanser kulit adelah kurang di kalangan org2 Afrika berbanding Amerika yg berkulit putih..Ini bermakna berkulit hitam tu adelah satu advantage kepada aku.Tapi aku malang (dalam hati si pengkutuk) sebab aku hitam katenye.Dah takde menda nk petik pasal aku.So petik kehitaman kulit aku yg byk advantage nih.Em ha..As long as tunang ku ckp aku cantik.Semuanya adelah fine for him and fine for me too.Aku tak nak kutuk balik org yg kutuk aku nih.Even she's more problematic n phatetic.Aku kesian.Org takde pedoman hidup.Selagi dia tak ganggu rumahtangga aku cukupla.N untuk si pengkritik kulit aku..,thanx coz concern dengan kulit aku yg gelap lagi flawless nih..Coz tunangku cakap ; walopun hitam tapi kulit syg flawlesss..tak menggerutu (kelas ayat dia).N plak Halussssssssssssssssssss jeh...:D..chill ye pengkritik kulit.Balik kasi cermin muka dlu b4 kutuk org nye kulit..sebab mungkin de penggerutuan pada kulit anda..


Thursday, September 22, 2011

termanik dan manik lg..


Latest baju nih belong to seorg Doktor PHD  I think.Aku wuz given da trust to sew on beads n pearls scattered on her baju wic is so called crumble.Omaigod..!!!Baju beliau sgt FRAGILE..its kinda hard for me to sew beads on it but bersabarla coz ini adelah punca pendapatan aku selain kerja hakiki kt Ofiz.Alhamdulillah.:)

Wednesday, September 7, 2011

lagik dan lagik...

yg nih belong to Pn Rozila..a simple crumble kt dua belah tgn..Looks like tanaman anggur yg menjalar...cool ke tak?? :) prasan betol aku niyh!!:p

Crumble Lace Puan Hafidzah

Crumble Lace Puan Hafidzah (bhgian leher)

Eazy Choozy Crumble belong to Puan Sue

Crumble Puan Sue :D